GPK Pentadbiran
Ustaz Mohamad Nasir bin Abdul Rahman
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN 1
- Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
- Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
- Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
- Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
- Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
- Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
- Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
- Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadang tindakan susulan.
- Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan Pemulihan.
- Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya.
- Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
- Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
- Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.
- Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan perangkaan.
- Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
- Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
- Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
- Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
- Menyelaras semua jenis pungutan bayaran sekolah.
- Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
- Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
- Mengurus hal-hal bangunan, kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.
- Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.