GPK Ko-Kurikulum
En. Mohd Azmi bin Nor
BIDANG TUGAS
- Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aspek pengurusan kokurikulum.
- Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS
A. KOKURIKULUM
1. Persatuan dan Kelab
- Merancang kegiatan Persatuan dan Kelab
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Persatuan dan Kelab.
- Menyelia kegiatan Persatuan dan Kelab.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti Persatuan dan Kelab di dalam dan di luar sekolah.
2. Pasukan Pakaian Seragam
- Merancang kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
- Menyelia kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti Pasukan Pakaian Seragam di dalam dan di luar sekolah.
3. Kelab Sukan dan Permainan
- Merancang kegiatan Kelab Sukan dan Permainan.
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Kelab Sukan dan Permainan.
- Menyelia kegiatan Kelab Sukan dan Permainan.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Permainan di dalam dan di luar sekolah.
B. PENTADBIRAN
- Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998.
- Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah.
- Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.
- Membantu dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.
- Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
- Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari Kokurikulum Sekolah)
- Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.
- Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
- Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Pahang.
- Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum.
- Mengenal pasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
- Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad.
- Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah.
C. TUGAS-TUGAS LAIN
- Menganggotai Jawatan-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.