SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN SMK SUNGAI LEMBING 26200 KUANTAN PAHANG,TEL:09-5411334,FAX:09-5412259,EMAIL:UPPSMKSL@GMAIL.COM

Tuesday 22 May 2012

PERANAN STANDARD PRESTASI DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH


Grafik di atas merupakan carta aliran bagaimana Pentaksiran sekolah di jalankan. Pelajar wajib belajar dahulu sebelum di taksir. Cikgu tidak boleh membuat pentaksiran sebelum mengajar. Selepas cikgu ajar, barulah pentaksiran di lakukan. Bagaimana pentaksiran itu dilakukan. Pentaksiran itu boleh dilakukan dengan mengunakan pelbagai instrumen seperti soal jawab, kerja kursus, potfolio, jurnal atau apa apa sahaja yang berkaitan. Pelajar yang menyelesaikan tugasan yang diberi oleh cikgu tanpa bantuan. Kenapa tiada bantuan? sebab pelajar tadi telah belajar, jika pelajar diberi bantuan untuk menjawab instrumen tersebut maka cikgu tidak dapat melihat keupayaan sebenar pelajar tersebut. Selepas selesai instrumen yang diberi, cikgu bolehlah menyemak. Jika ada pelajar yang tidak mencapai band yang cikgu tetapkan berdasarkan instrumen yang diberi, pelajar itu hendaklah dilakukan PEMULIHAN. uiyoo PEMULIHAN tu.. soalannya.. yang bakal timbul.. bila masa nak buat pemulihan tu. kalau kita tumpukan pada pelajar tersebut sahaja, bagaimana pelajar lain. tak der masa nak buat pemulihan ini..   ok..jawapannya ialah.. 


pemulihan itu sebenarnya kita boleh buat dalam kelas, di luar kelas, atau di mana mana sahaja yang cikgu boleh. Pelajar yang tidak mencapai band yang di tetapkan wajib diberi pemulihan. kerana setiap pelajar tahap mereka untuk faham sesuatu perkara itu tidak sama. ada yang cepat ada yang lambat. tetapi cikgu wajib buat pemulihan. Jangan biarkan mereka cikgu.. kesian mereka. Cikgu juga boleh meminta bantuan rakan sekelas untuk membantu cikgu membuat pemulihan kepada pelajar ini. Kadang kala, ada pelajar yang mudah faham jika diterangkan oleh rakan rakan sendiri.kerana rakan mereka ini menggunakan bahasa yang mereka mudah faham. hahha cam gitu.. ok tak cikgu.. faham kan.. 


Selepas pemulihan, jika pelajar itu masih lagi gagal mencapai standard yang ditetapkan , saya selalu terangkan begini, jika sampai air mata darah cikgu terangkan, mereka masih tidak mampu menguasainya maka berilah mereka band yang selayaknya. hehhe..  Pelajar lain yang telah melepasi band tersebut, maka cikgu boleh la merekod dan menyimpan eviden mereka. begitulah seterusnya...

No comments:

Post a Comment

UPPSMKSL FACEBOOK PAGE