SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN SMK SUNGAI LEMBING 26200 KUANTAN PAHANG,TEL:09-5411334,FAX:09-5412259,EMAIL:UPPSMKSL@GMAIL.COM

Profil Sekolah



NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

Nama sekolah          : SMK Sungai Lembing
Alamat sekolah        : SMK Sungai Lembing,
         26200 Sungai Lembing, 
         Kuantan Pahang.
Kod sekolah             : CEE 4039
PPD                         : Kuantan
No telefon                 : 09-5411334
No fax                      : 09-5412259

LOKASI SEKOLAH

Sek Men Kebangsaan Sungai Lembing  terletak di dalam daerah Kuantan. Kuantan merupakan salah satu daerah yang terletak di bahagian timur Negeri Pahang. Jarak SMKSL dengan bandar Kuantan adalah sejauh 35km. Keistimewaan lokasi sekolah ini adalah berada di sebuah pekan kecil iaitu Pekan Sungai Lembing yang menyimpan pelbagai khazanah alam beharga dan juga terkenal sebagai kawasan pelombongan biji timah satu masa dahulu.  



GRED SEKOLAH

Sekolah ini adalah dikategorikan dalam Gred B kategori luar Bandar. Ini kerana di sekolah ini terdapat seramai lebih kurang 554 orang pelajar sahaja.

JENIS SEKOLAH

·                     Sekolah Menengah Kebangsaan ( 1 sesi )
·                     Waktu Persekolahan

Semua tahap.
7.45 pg  -  2.05 ptg   ( Hari Isnin dan Selasa sahaja )
7.45 pg  -  2.45 ptg ( Hari Rabu dan Khamis sahaja)
7.45pg   - 12.05 Tghr (Hari Jumaat)
                       
·                     Waktu Rehat
            10.25 pg – 10.45 pg (Menengah Rendah)
            11.05 pg – 11.25 pg (Menengah Atas)

·                  Semua pelajar Islam  SMKSL diwajibkan menunaikan solat  zohor bejemaah di sekolah selepas tamat waktu persekolahan. Tindakan disiplin dikenakan bagi pelajar yang tidak melakukannya.



LOGO, VISI DAN MISI SEKOLAH

LOGO SEKOLAH



 


Logo SMK Sungai Lembing terdiri daripada cantuman 3 warna iaitu hijau, putih dan hitam. Setiap warna yang terdapat pada logo sekolah mengandungi makna yang tersendiri iaitu:
·         Warna Hijau: Melambangkan sikap penting dan sayangkan bumi.
·         Warna Putih: Merupakan nilai murni dan suci yang dapat diterapkan melalui sekolah.
·       Warna Hitam dan Putih: Merupakan warna  bendera negeri Pahang Darul Makmur. 
Pada logo sekolah ini juga terdapat lambang gear dan lambang buku. Lambang gear menunjukkan SMSKL begitu mementingkan kemajuan dari segi sains dan teknologi. Lambang buku pula digambarkan sebagai ilmu kerana sekolah merupakan tempat untuk mencari dan menuntut ilmu. Motto SMKSL adalah cepat dan tepat yang membawa maksud bahawa segala urusan dan perancangan yang dibuat mematuhi tempoh masa yang ditetapkan dan sekolah menuju ke arah ’zero’ kesilapan.






LAGU SEKOLAH

Tajuk: Maju SMKSL

Kami bediri dengan megah
Dengan tekad dan semangat waja
Rela berkorban menjunjung cita
Bahgia masa depan

Kami berjanji penuh hati
Pada dii dan semua
Jelas matlamat wawasan dri
Menuju era cemerlang

Amalkan daya saing
Teruskan daya usaha
Ilmu teras budaya
Jadi sekolah harapan

Tanamkan sematikan di jiwa
Melangkah penuh keyakinan
Kami berdoa niat dan azam
Maju SMKSL
Kami berdoa niat dan azam
Maju SMKSL


VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2012 di negeri pahang.


MISI SEKOLAH
Kami warga SMKSL bersusaha mendidik bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin dan memiliki sahsiah yang terpuji, mampu menguasai pelbagai bidang ilmu serta ikhlas beramal dengan ilmu yang bermanfaat demi kesejahteraan dan kemakmuran diri, keluarga, agama, bangsa dan negara seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.



 

MATLAMAT SEKOLAH
Meningkatkan prestasi dalam bidang penguusan kuikulum, kokuikulum, keceriaan dan bina insan.

OBJEKTIF UMUM
1.    Meningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan awam.
2.    Meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan kokuikulum.
3.    Meningkatkan kesempurnaan kualiti keinsanan berasaskan pegangan agama.
4.    Meningkatkan keterampilan berkomunikasi.
5.    Meningkatkan jati diri dan semangat kecintaan kepada sekolah dan negara.
6.    Mencapai sifar salah laku.
7.    Meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru dalam pengurusan pendidikan
8.    Mewujudkan keaadaan sekolah yang selamat, kondusif, ceria dan mesra.
9.    Mewujudkan permuafakatan yang baik dengan komuniti dan masyarakat.


SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 50-an sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah Inggeris. Pada tahun 1965 sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menengah Sungai Lembing sempena dengan nama Bandar Sungai Lembing. Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1965 dengan hanya dua buah bangunan setingkat. Ketika itu sekolah ini hanya menampung pelajar tingkatan satu hingga tiga sahaja.

Oleh kerana ada pelajar yang mencapai kejayaan dan ingin menyambungkan pelajaran ke tingkatan empat maka pelajar tersebut terpaksa berhijrah ke sekolah lain di daerah Kuantan. Justeru pada tahun 1970, dua buah bangunan lagi telah dibina. Apabila bangunan telah ditambah maka kelas bagi pelajar tingkatan empat dan lima telah dibuka dan dapat menampung lebih ramai pelajar. Jumlah pelajar ketika itu adalah lebih kurang 600 orang dan sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih selesa dan dapat digunakan sehingga sekarang.




Sekolah ini dinamakan sempena nama Bandar Sungai Lembing yang merupakan sebuah bandar kecil tetapi kaya dengan sejarah yang begitu membanggakan. Pada masa dahulu, Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan yang berpaya dan dikelilingi oleh bukit bukau yang tinggi saujana mata memandang. Di samping itu, terdapat sebatang sungai yang mengalir iaitu Sungai Kuantan. Hanya ada sebuah sekolah menengah sahaja di Sungai Lembing yang jaraknya dari Bandar Kuantan ialah sejauh 48 km.

Setiap tempat, kampung dan bandar mestilah mempunyai asal-usulnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Sungai Lembing. Maklumat mengenai asal-usul Sungai Lembing telah diperolehi melalui dua sumber iaitu orang Cina. Mereka ada menyatakan bahawa seorang tokoh Cina Lim Ah Sam atau Lim Beng telah memajukan tanah yang dihadiahkan kepadanya sehinggalah terbentuknya sebuah penempatan yang dinamakan “Penempatan Lim Beng”. Sungai merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk pada ketika itu. Lama-kelamaan nama sungai dan penempatan Lim Beng disatukan menjadi petempatan “Sungai Lembing”. Menurut sumber daripada masyarakat  Melayu  pula, asal-usul Sungai Lembing bermula apabila ada orang yang telah terjumpa satu objek yang berbentuk seperti lembing di dalam sungai. Di kawasan terjumpanya lembing tersebut ada kawasan penempatan. Justeru itu, mereka talah menamakan penempatan tersebut dengan nama Sunai Lembing.

Pengetua sekolah yang pertama diberi tanggungjawab setelah tertubuhnya Sekolah Menengah Sungai Lembing pada tahun 1965 ialah Encik Lee Hock Siew. Beliau berkhidmat selama tiga tahun di sekolah ini mulai tahun 1965 sehingga 1967. Beliau banyak membantu guru serta pelajar-pelajar disekolah ini. Lazimnya apabila sekolah baru dibuka tentunya terdapat banyak masalah yang dihadapi. Namun dengan semangat serta azam yang kuat dan penuh dedikasi, beliau mengharungi semua rintangan dengan hati yang cekal. Ramai pelajar yang berminat untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai pengetua-pengetua yang telah dan sedang menerajui pengurusan dan kepimpinan sekolah:

          Nama Pengetua                                                   Tahun
  1. Encik Lee Hock Siew                                             1965-1967
  2. Encik S.T. Sivam                                                   1968-1970
  3. Encik Hor Kum Foo                                                1971-1972
  4. Encik S.K.Theivenandron                                        1972-1979
  5. Encik Yap Kok Keong                                             1980-1982
  6. Encik Loo Kok Choon                                             1983-1989
  7. Encik Richard Lim Lean Keong                                1989-1995
  8. Encik Chow Ah Soon                                              1995-1997
  9. Encik Loh Sai Heng                                                1997-2001
  10. Tuan Haji Karim bin Man                                          2001-2004
  11. Tuan Haji Mahmud bin Mat                                       2004-2006
  12. Tuan Haji Mohd Nor bin Md Tahir                               2007-2008
  13. Tuan Haji Baharudin B. Abdullah                               2008-2009
  14. Tuan Haji Mohamad Azhar B. Mohamad Ishak           2010-Sekarang

UPPSMKSL FACEBOOK PAGE